Friday, December 28, 2012

Spaghetti Aglio Olio



Tiba2 nak makan western..

1st time nk cuba mkn..

selama ni jmp kt restoran ke x penah order..

nmpk mcm xsedap..

sy byk modify skit resepi nie..

cekidout..

Bahan2nya :

Spaghetti 1 paket


Seafood ( udang/ sotong/cendawan ke sukatila)
bawang putih 5-6 ulas di cincang
bawang besar holland di dadu


tau kan.. hehe

1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar (sy pakai bekati2 sbb x pedas huhu)


cili flakes or serbuk cajun

Cara2nya :

~ mula2 rebus dulu spaghetti tu.. toskan..

~ Panaskan minyak

~ Tumis bawang putih dgn bawang besar td sampai layu

~ Kemudian masukkan bhn2 seafood.. kacau lg..

~ Masukkan spaghetti.. serbuk lada hitam.. cili kering / cili flakes.. garam jgn lupa lak..

~ Gaul2 lg dan siappp..



seriously mula2 tu rasa mcm mknn baby
pastu saya masuk serbuk cili n lada hitam byk2 n gaul baru kuar rasanya
agknya omputih mmg suka mkn mcm gi ni..
suka benda2 yg x berasa..
ish..

org melayu kan suka pedas..
hehe..
k bye samat mcuba..

Wednesday, December 26, 2012

Asam Pedas Ikan Bawal



Moh ke dapur dan masak

Resepi ni senang je..

Bahan2nya :

  • 6 ulas bawang merah - di kisar
  • 3 ulas bawang putih - di kisar
  • 10 tangkai cili kering - di kisar
  • halia 1cm - di kisar
  • kunyit 1cm - di kisar
  • asam jawa
  • daun kesum
  • serai 2 batang - dititik
  • bendi 5 biji
  • ikan bawal 2 ekor
  • garam secukup rasa 

sori terbalik hehe


 Ni ikan bawal
aummm..

Cara2nya:

  1. panaskan minyak
  2. tumis bahan-bahan yang di kisar..
  3. masuk kan air asam jawa,daun kesum dan serai.
  4. apabila dah mendidih,masukkan garam,ikan dan bendi..
  5. masak hingga mendidih..
  6. sedia untuk di hidang..



Saya gembira sbb kali ni asam pedas saya kuah nya pekat
huh menjilat jari u ols..
tp pedas skit

saya mmg suka pedas..

K selamat mencuba bye2

Terung Bulat Masak Berlada



Moh ke dapur..

Resepi ni senang je..

Saya update resepi sekali pasal senang nti nk buat bleh refer sini je semula

Bahan2nya :

4 biji terung bulat berwarna hijau di belah 4 (terung ulam) 
4 biji cili api 3 biji cili merah
 3 ulas bawang merah 
sedikit  udang kering 
Air asam jawa
1 biji bawang besar di hiris membulat 
300 gram udang basah dibuang kulit 



Cara2nya :

Terung yang telah dibersihkan dan dibelah empat digoreng hingga masak dan agak kekuningan 
 Bahan-bahan seperti ciliapi, cili merah, bawang merah, udang kering di kisar kasar. 
Panaskan sesudu minyak masak dan tumis bahan yang di kisar sehingga garing dan naik baunya. 
Masukkan udang basah yang sudah dibersihkan dan kacau hingga masak
 Masukkan air asam jawa, garam, gula atau serbuk perasa mengikut selera, sesedap rasa dan kacau hinga sebati dan agak pekat 
 Masukkan bawang besar yang telah dihiris kacau 
Akhirnya masukkan terung yang telah digoreng tadi dan gaul rata..




Dah siap..
Bye

Tempe Goreng Bercili



Mari masak..

Bahan2 dan cara2nya (combine sbb nk cepat)

Tempe (digoreng terlebih dahulu) da keluarkan/toskan..

Then masuk bahan tumis iaitu :
4 biji cili merah (ditumbuk)
Bawang merah dan bwg putih kuantiti sikit je dlm 2 ulas (yg dah dikisar)  
halia (ditumbuk) 
gula
garam 

Pastu masuk tempe semula n gaul.. 

 

Sunday, December 23, 2012

Nasi Goreng Nak Cepat (Nasi Goreng Telur)



Request dari mak n ayah..
Untuk mkn ptg2..
Lapar katanya 
Nak anak dara dia ni yg masak..

Hehe..

Saya pun nak cepat nie..

Taip lelaju skit..
Nak gi bilik termenung sat..

Bahan2nya dan cara2nya :

Rendam udang kering.
Tumbuk bawang besar 1 biji dan 3 ulas bwg putih dan udang kering td yg dah tos..
Pastu panaskan kuali dan masuk smua bahan tadi..

Then masuk garam secukup rasa, lada sulah dan 3 biji telur..
Kacau sebati..

Masuk potongan cili merah dan kacau lagi

Last skali masuk nasi dan gaul


Ciap,
K bai

Choc Chips Peanut Butter Cookies




Asik Choc Chip cookies je
So i try different skit
Peanut Butter mmg favvy saya..
hehe..


Bahan2nya :

  • 1/2 cup butter
  • 1/2 cup chunky peanut butter
  • 1/2 cup gula
  • 1/2 cup gula perang
  • 1 egg
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1 1/4 cup tepung gandum
  • 1/2  sudu kecil baking powder
  • secubit garam
  • cooking choc yg dah dicairkan
  • 1 cup kecil chocolate chips


Cara2nya:

Preheat oven to 375°.
Mix kan butter, peanut butter n gula n gula perang sampai sebati.
Tambah telur dan mix lg..


Pastu masuk tepung gandum, cooking choc, baking powder, essence vanilla mix together well. 




Bila dah mcm ni masukkan choc chips..

Bentukkan bula2 kecil masuk dlm loyang yg telah di gris..



Bakar dlm 25 min/kurang.. tengok dapur masing2.



Keluarkan n sejukkan nanti dia akan keras sendiri




Ciap utk di makan..
Tak sampai setengah jam habis..
Muat 1 balang..
Isk2..
Laku sgt..
Alhamdulillah adik2 suka..

hehe..

Mak ayah pun ngap smpai habis..
Mcm Famous Amos cookies lak..

Bye2..



Choc Lave Cake


Hari Ahad yg tenang..
Pe lg teruskan hobi di dapur..
Kali ni nk baking..
Buat choc lava cake..
Ala2 mcm Domino's Pizza pny cake tu..


Nyummy sbb melt..

Dah mcm creme brulee laks..

Jom cekidaout resepinya..

Bahan2nya :

Bekas muffin / bekas ramekin lg terbaik (saya pakai bekas muffin)
1/2 butter 
1 sudu besar serbuk koko 
1/2 cup tepung gandum
1/2 besar gula pasir halus
2 biji telor penuh (Gred A)  + 1 biji kuning telor (Gred A)
1/2 cup dark coklat ( I use button dark choc beli kt kedai bakery)
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
 
 
 
 
Cara2nya:
 
 Cairkan butter and button dark choc dlm microwave/ guna kaedah double boiler  (mcm saya buat ni)
 
 
 

Then pukul gula n telur




 
 
Campurkan coklat yg di cairkan td ke dalam adunan telor.. kacau bagi sebati..

Bila dah sebati, masukkan esen vanilla..
 
Kemudian masukkan secubit garam

Pastu baru masukkan serbuk koko yg telah di ayak

Selepas tu baru masukkan tepung gandum juga ayak dlu then gaul sebati

Messy nye


Pastu masuk dlm bekas muffin camni



Pastu masuk dlm fridge (freezer) 5 mins dulu k..

After 5 mins, keluarkan dan isi dalam bekar nk bakar taruh air dulu dlm bekas tu baru letak






Then baru masuk dlm oven 160 deg selama 10-15 mins only..

Then keluarkan n tabur dgn icing sugar yg di ayak atas kek tu



Nak keluarkan pun boleh, terbalikkan


Haa mcm ni la.. tu potong tgh tgk akan keluar creme yg melt

nyummy..

Leh mkn dgn ais krim..

Sekian.. 

Tata :)

Friday, December 21, 2012

Char Kuew Teow Special




Selamat Mncuba..


Bahan2nya :

1 bungkus kuew teow
4 ulas bawang putih di ketuk
1 biji bawang besar di tumbuk kasar
2 sudu cili boh (saya pakai cili giling)
Udang/kerang/isi ayam
Daun kuchai
Tauge
2 biji telur
Sedikit sos tiram dan kicap manis
Garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit daun sup utk hiasan
Minyak untuk menumis. 
 
 
 Cara2nya:
 
1. Panas minyak dan tumis bawang2
2. Masukkan cili boh (cli giling)  dan tumis.
3. Masukkan udang/kerang/isi ayam.
4. Masukkan sos tiram,kemudian masukkan sedikit air.
5. Masukkan telur n kacau
5. Apabila mendidih masukkan kuew teow dan masukkan kicap,gaul hingga rata
6. Kemudian masukkan tauge dan daun kucai. Kacau dan angkat dan taburkan dengan sedikit daun sup dan sedia utk dihidang.
 
 
 

Thursday, December 20, 2012

Puding Roti Simple



Assalamualaikum wbt
every one..
Today saya nak buat puding roti..
Mmg dah selalu buat..
sbb simple dan senang mkn..
hehe..


Moh cekedout resepinye..
Wink..



Bahan2nya:

Sebungkus roti saiz kecil je..
1 cup butter (setengah je pakai)
2 cup fresh milk/susu cair (tp saya guna evaporators milk, saya perasan pakai susu ni lg sedap setelah byk kali cuba buat puding roti, teksturnye lain skit)
3 biji telur
30 g gula
30 g kismis (tp sy xletak sbb adik2 xsuka plak, dorang lg suka saya xbubuh apa2)
1 sudu esen vanila

cthnya mcm nie la..


Cara2nya :

First panaskan oven 170 degrees okie..
Sediakan loyang, gris dgn marjerin tepi2 smua
Then sapu pada kepingan roti juga
Koyakkan roti n masuk dlm loyang
Taburla kismis ke (saya xmasukkan adik2 xsuka.. hish)
Put aside a while.. 


Pukul telur n gula dlm bekas lain
Bila dah larut skit masuk susu n esen vanilla..
 

Tuangkan campuran tu smua dalam loyang roti tadi n wait for 5 mins utk kembang.. (bahasa rojak)

Then masuk dlm oven 30-35 mins should be okay.. jgn selalu buka oven nti roti kecut..

Meanwhile kita buat sos nya skit..
 
*Emm baki susu tadi campur gula.. 
Masak atas dapur..
Pastu sejukkan..
 
 
cedap di makan dgn puding roti
 
 
 

Dah siap..
Selamat mencuba
Jgn lupa tuang sos susu tu okie..
Sdp mkn panas2 or sejuk2..
weee.. 





Telur Masak Kicap Simple



Telur banyak..
Jadi buat la telur masak kicap..
hehe..

Nah resepi..

Bahan2nya:


  • 5 biji telur (5 kepala dlm rumah) hehe
  • 7 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 sudu mkn kicap manis
  • Sedikit air asam jawa                     




Cara2nya:


  1. Goreng telur mata. Ketepikan.
  2. Tumbuk cili padi bersama bawang besar dan bawang putih. Jgn terlalu hancur ye. Lg satu jgn guna blender, lari rasanya.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing sedikit.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa dan kicap. Biar sekejap dlm 30 saat.
  5. Sebatikan dan bolehlah angkat.
  6. Sedia utk dihidang.


Wallla..

Makan jgn x makan..
bye2..

Sayur Sawi Goreng Belacan


Laparla..
Jom masak!!


Resepi Sayur Sawi Goreng Belacan

Bahan2nya :
  • 1 ikat sawi - di potong sederhana panjang
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 mangkuk (10 ekor udang saiz kecil)
  • 3 biji cili api
  • 1/2 sudu sos tiram
  • 1/2 inci belacan
  • minyak untuk menumis
  • Sedikit air masak
  • Garam dan gula secukup rasa 


Cara2nya:
  • Tumbuk bawang merah, belacan dan cili api
  • Bawang putih diketuk sahaja
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Tumis bahan tumbuk, bawang putih dan sos tiram sehingga naik bau
  • Masukkan udang n goreng kan sampai tukar warna
  • Masukkan sawi dan kacau sebati
  • Masukkan sedikit air dan kacau
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Kacau n biar mereneh seketika pastu angkat..

Siap


Selamat menjamu selera..
cedap makan dhn nasi kan.. hehe

Wednesday, December 19, 2012

Apam Polkadot.




Ni apam polkadot saya..
Nama lain apam cendawan..
hehe.. sbb bentuknya mcm cendawan kan3..

Ni resepi..
Saya cuba explore dlm web resepi terbaik..
n sesuai dgn kemampuan saya..
So inilah hasilnya..

Apam Polkadot..


Bahan2nya:
  • 3 biji telur sejuk-dr peti ais
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette(kat kedai bakery ada jual, kalau supermarket, sy rasa kat cold storege ade jual)
  • filling-blueberry / strawberry/ kaya (pakai filling ni saya amik dari jem je.. hehe)

Cara2nya:

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna (saya masukkan coloring berbeza)
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih (gunting utk buat muncung, nipis je)
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas. 
  5. Letakkan filling blueberry secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
  6. Picit lagi adunan sama sehingga hampir penuh. 
  7. Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...(satu dot je dlm satu2 masa, supaya x messy.. nti ia naik sendiri)
  8. Last skali kukus selama 10-15minit @ sehingga masak. cucuk dgn lidi.. nak tahu dah masak ke belum.. bila lidi tu xde sebarang adunan melekat.. makna dah masak lah tu.. huhu... 

Walllaaaaa.. 


 
 Try la.. hehe..

Tuesday, December 18, 2012

Sayur Goreng Simple



Sayur goreng ni simple je..
Bleh makan dengan nasi..

Bahan2 nya..

Actually saya beli kt supermarket sayur dalam bungkus yg dah siap.. kira Mix sayur la.. dalam ada mcm2.. Brokoli, kubis, carrot... dll.. so lg senang.. campak aje... tp kalau yg ada satu persatu tu xpela.. saya tunjuk step..
  • lobak merah dipotong serong
  • kacang peas or kcg pjg pon boleh (potong serong)
  • brokoli
  • cendawan butang dihiris(cendawan shitake lg best)
  • kubis
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • sos tiram 
Cara2nya:
  1. Tumis bawang putih hingga kuning..
  2. Masukan carrot dan brokoli, goreng selama 2 minit kemudian masukkan sos tiram
  3. Goreng selama 4 minit kemudian masukkan semua sayur (kcg peas/kcg pjg,kubis)
  4. Sebatikan dan masukkan cendawan butang, gula dan garam.
  5. Angkat dan hidang.. (pls remind that jgn over cook k, xsedap, zat n khasiat nye hilang bila kita goreng sayur sebenarnya)


Mudahkan..


Kalau nak jadikan ia salad pon boleh.
Add minyak zaitun je.. Kacau2..
Letak lemon ke.. 
ok have a nice day.. t8 care..

Daging Masak Black Pepper


Hi..
Tgh hari ni nak masak ape ye..
Ade daging dlm fridge..
so apa lg..
Nak masak ala2 western tp mkn dgn nasi..
Nak share resepi mudah dan simple nie..

Daging Masak Black Pepper

Bahan2nya :
  • Seketul daging (hiris nipis2) tp susah nk hiris.. saya rebus dulu.. bg mudah nk potong.. 
  • 2 sudu black pepper (yg serbuk tau.. bukan biji2 tu.. tercekik mkn nti.. hehe)
  • 3 sudu madu
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu susu cair
  • 4 ulas bawang putih (ketuk dulu)
  • 1 biji bawang besar 
  • Lada benggala nk bagi bau sedap n hiasan skit.. hik2
  • 1 inci halia (lebih kurang ibu jari kecik skit dari tu)
  • garam,gula & minyak
Cara2nya:

  1. Daging pas rebus potong nipis2, bawang putih & halia ditumbuk hingga lumat, blackpepper kalau biji tu ditumbuk kasar, bawang besar dibelah 4 (hiris nipis2 pon boleh)
  2. Perap daging bersama sos tiram, black pepper dan madu, selama 1 jam.
  3. Panaskan kuali, tumis halia & bawang putih hingga kuning.
  4. Then masukkan daging...tambah 2 cawan air dan tunggu hingga daging empuk & masak (sbb saya dah rebus so masa goreng x perlu masa yg lama)
  5. Pastu masukkan bawang besar tunggu hingga layu...Pastu masukkan lada benggala.. (leh juga masuk daup sup)
  6. Masukkan garam, gula dan susu cair...kalau nak lebih creamy/melt tambah susu cair. 
 Tadaaaaaaaaaaa.. 
Ciap..




Camat mencuba..
Babai..

Saturday, December 15, 2012

Nasi Goreng Udang



Bertemu kembali dalam blog main masak-masak saya..
Hehe..
Passion skrg memasak n saja nk publish
Asik nasi goreng je kan..
Huhu..
Makanan ni simple sbb org2 dlm rumah pun pemalas..
Jadi kakaknya bg mknn yg pemalas gk..

Well u all leh go thru post2 saya bawah2 ni byk pasal masak
Entry nye lauk pauk..
Cuma skrg post sbb ada resepi dlu xde resepi..
(so lauk pauk saya mahap xde resepi)
sorry k.. hehe..

Nasi Goreng Udang

Bahan2nya :

3 mangkuk nasi
1 ulas bwg besar 
2-3 ulas bwg putih
2 btg cili merah
Udang sederhana besar 10 biji lebih pun xpe..
Telur 1 biji
Kicap manis (kipas udang tu je)
Garam secukup rasa

Cara2nya:

Masuk je semua skali.. (oppss bukan begitu ye, hehe)

First, bwg2 dan cili merah di tumbuk/kisar. Saya tumbuk sbb lagi sedap.





Then, buangkan kepala n janggut udang, emm ekor nye pon.. supaya senang nk makan..
(adik2 saya nie suka buang merata2 nti sy kena kutip)





Pastu panaskan kuali, dan masukkan bwg2 ditumbuk tadi..
Agk2 dah  pecah minyak, masukkan udang tersebut..
Goreng smpai tukar kaler.. jgn hangus lak.. hehe
Masuk garam secukup rasa..
Then kecikkan api, masuk sebiji telur (kacau)

                                                     
                           Masa ni rasa mcm masak char keaw tiew la plak..



Then masuk sikit sayur... sukatila nk masuk mix vege ke hehe.. 
Lastly, masuk nasi.. Goreng smpai kering..


Dah siap...



Selamat Mencuba..

Esok nak buat bihun goreng pedas pulak...

Bye :)

Nasi Goreng Sardin satu... Siapp!


Tadi lapar..
So masak la Nasi Goreng Sardin utk saya n adik2 makan..
hehe..

Saja nk update resepi nye juga
Buatan sendiri no ciplaking
kui3..

So tadaaaa..

Resepi Nasi Goreng Sardin



Bahan2 nye :

1 tin sardin ( saya pakai Ayam Brand, sukatila nk guna jenama apa)
3 sudu cili boh (nak pedas letak lebih skit)- tp sy guna cili giling.. hehe
1/2 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang) jgn sampai lumat.. hehe
2 sudu sos tomato
Segenggam daun sup (hiris halus) nk bagi bau sedap n hiasan skit la
Kicap manis dan garam (secukup rasa)


 Cara2 nya:

Tumis bawang2 dulu (api betul2 panas)
Then masukkan cili boh tadi (cili giling yg saya guna)
Pastu masukkan sos tomato and kicap
Masuk garam kacau sampai rata
Pastu masuk isi sardin dgn kuahnya skali (cincangkan dulu.. ha yg ni boleh lumat, kih3)





Pastu masuk daun sup.. (Sayur pastinya masuk last sebab xnk ia layu/over cook)
Last skali baru masuk nasi (3 mangkuk nasi) 
Goreng sampai kering.
* Kalau suka masuklah carrot ke, cili api ke kalau suka pedas dsb..


So jadi lah Nasi Goreng Sardin saya...



 Selamat Mencuba..
Babai nk gi solat sat naaa :)

                                                      

Friday, December 14, 2012

New Workplace



Hi guys.. Lama x update blog..
 Tak tau nak cerita pasal apa..
Well just want to update my new workplace.
Pretty cool..

Hehe..
As I'm sure, you know..
Definitely I'll like here..
UK Insurance company..
Tp ada office situated here in KL..

Kepada yg nak tahu sgt tempat kerja baru saya..
I'm pretty sure again, some of u sudah dimaklumkan..
hehe.. Ya I know, nk double check right..

That's all..
 Have a nice day.. 
Will update more things in my blogs.. 


 
                  Publish.. :)