Friday, December 28, 2012

Spaghetti Aglio Olio



Tiba2 nak makan western..

1st time nk cuba mkn..

selama ni jmp kt restoran ke x penah order..

nmpk mcm xsedap..

sy byk modify skit resepi nie..

cekidout..

Bahan2nya :

Spaghetti 1 paket


Seafood ( udang/ sotong/cendawan ke sukatila)
bawang putih 5-6 ulas di cincang
bawang besar holland di dadu


tau kan.. hehe

1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar (sy pakai bekati2 sbb x pedas huhu)


cili flakes or serbuk cajun

Cara2nya :

~ mula2 rebus dulu spaghetti tu.. toskan..

~ Panaskan minyak

~ Tumis bawang putih dgn bawang besar td sampai layu

~ Kemudian masukkan bhn2 seafood.. kacau lg..

~ Masukkan spaghetti.. serbuk lada hitam.. cili kering / cili flakes.. garam jgn lupa lak..

~ Gaul2 lg dan siappp..



seriously mula2 tu rasa mcm mknn baby
pastu saya masuk serbuk cili n lada hitam byk2 n gaul baru kuar rasanya
agknya omputih mmg suka mkn mcm gi ni..
suka benda2 yg x berasa..
ish..

org melayu kan suka pedas..
hehe..
k bye samat mcuba..

Wednesday, December 26, 2012

Asam Pedas Ikan Bawal



Moh ke dapur dan masak

Resepi ni senang je..

Bahan2nya :

  • 6 ulas bawang merah - di kisar
  • 3 ulas bawang putih - di kisar
  • 10 tangkai cili kering - di kisar
  • halia 1cm - di kisar
  • kunyit 1cm - di kisar
  • asam jawa
  • daun kesum
  • serai 2 batang - dititik
  • bendi 5 biji
  • ikan bawal 2 ekor
  • garam secukup rasa 

sori terbalik hehe


 Ni ikan bawal
aummm..

Cara2nya:

  1. panaskan minyak
  2. tumis bahan-bahan yang di kisar..
  3. masuk kan air asam jawa,daun kesum dan serai.
  4. apabila dah mendidih,masukkan garam,ikan dan bendi..
  5. masak hingga mendidih..
  6. sedia untuk di hidang..



Saya gembira sbb kali ni asam pedas saya kuah nya pekat
huh menjilat jari u ols..
tp pedas skit

saya mmg suka pedas..

K selamat mencuba bye2

Terung Bulat Masak Berlada



Moh ke dapur..

Resepi ni senang je..

Saya update resepi sekali pasal senang nti nk buat bleh refer sini je semula

Bahan2nya :

4 biji terung bulat berwarna hijau di belah 4 (terung ulam) 
4 biji cili api 3 biji cili merah
 3 ulas bawang merah 
sedikit  udang kering 
Air asam jawa
1 biji bawang besar di hiris membulat 
300 gram udang basah dibuang kulit 



Cara2nya :

Terung yang telah dibersihkan dan dibelah empat digoreng hingga masak dan agak kekuningan 
 Bahan-bahan seperti ciliapi, cili merah, bawang merah, udang kering di kisar kasar. 
Panaskan sesudu minyak masak dan tumis bahan yang di kisar sehingga garing dan naik baunya. 
Masukkan udang basah yang sudah dibersihkan dan kacau hingga masak
 Masukkan air asam jawa, garam, gula atau serbuk perasa mengikut selera, sesedap rasa dan kacau hinga sebati dan agak pekat 
 Masukkan bawang besar yang telah dihiris kacau 
Akhirnya masukkan terung yang telah digoreng tadi dan gaul rata..




Dah siap..
Bye

Tempe Goreng Bercili



Mari masak..

Bahan2 dan cara2nya (combine sbb nk cepat)

Tempe (digoreng terlebih dahulu) da keluarkan/toskan..

Then masuk bahan tumis iaitu :
4 biji cili merah (ditumbuk)
Bawang merah dan bwg putih kuantiti sikit je dlm 2 ulas (yg dah dikisar)  
halia (ditumbuk) 
gula
garam 

Pastu masuk tempe semula n gaul.. 

 

Sunday, December 23, 2012

Nasi Goreng Nak Cepat (Nasi Goreng Telur)



Request dari mak n ayah..
Untuk mkn ptg2..
Lapar katanya 
Nak anak dara dia ni yg masak..

Hehe..

Saya pun nak cepat nie..

Taip lelaju skit..
Nak gi bilik termenung sat..

Bahan2nya dan cara2nya :

Rendam udang kering.
Tumbuk bawang besar 1 biji dan 3 ulas bwg putih dan udang kering td yg dah tos..
Pastu panaskan kuali dan masuk smua bahan tadi..

Then masuk garam secukup rasa, lada sulah dan 3 biji telur..
Kacau sebati..

Masuk potongan cili merah dan kacau lagi

Last skali masuk nasi dan gaul


Ciap,
K bai

Choc Chips Peanut Butter Cookies




Asik Choc Chip cookies je
So i try different skit
Peanut Butter mmg favvy saya..
hehe..


Bahan2nya :

  • 1/2 cup butter
  • 1/2 cup chunky peanut butter
  • 1/2 cup gula
  • 1/2 cup gula perang
  • 1 egg
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1 1/4 cup tepung gandum
  • 1/2  sudu kecil baking powder
  • secubit garam
  • cooking choc yg dah dicairkan
  • 1 cup kecil chocolate chips


Cara2nya:

Preheat oven to 375°.
Mix kan butter, peanut butter n gula n gula perang sampai sebati.
Tambah telur dan mix lg..


Pastu masuk tepung gandum, cooking choc, baking powder, essence vanilla mix together well. 




Bila dah mcm ni masukkan choc chips..

Bentukkan bula2 kecil masuk dlm loyang yg telah di gris..



Bakar dlm 25 min/kurang.. tengok dapur masing2.



Keluarkan n sejukkan nanti dia akan keras sendiri




Ciap utk di makan..
Tak sampai setengah jam habis..
Muat 1 balang..
Isk2..
Laku sgt..
Alhamdulillah adik2 suka..

hehe..

Mak ayah pun ngap smpai habis..
Mcm Famous Amos cookies lak..

Bye2..



Choc Lave Cake


Hari Ahad yg tenang..
Pe lg teruskan hobi di dapur..
Kali ni nk baking..
Buat choc lava cake..
Ala2 mcm Domino's Pizza pny cake tu..


Nyummy sbb melt..

Dah mcm creme brulee laks..

Jom cekidaout resepinya..

Bahan2nya :

Bekas muffin / bekas ramekin lg terbaik (saya pakai bekas muffin)
1/2 butter 
1 sudu besar serbuk koko 
1/2 cup tepung gandum
1/2 besar gula pasir halus
2 biji telor penuh (Gred A)  + 1 biji kuning telor (Gred A)
1/2 cup dark coklat ( I use button dark choc beli kt kedai bakery)
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
 
 
 
 
Cara2nya:
 
 Cairkan butter and button dark choc dlm microwave/ guna kaedah double boiler  (mcm saya buat ni)
 
 
 

Then pukul gula n telur




 
 
Campurkan coklat yg di cairkan td ke dalam adunan telor.. kacau bagi sebati..

Bila dah sebati, masukkan esen vanilla..
 
Kemudian masukkan secubit garam

Pastu baru masukkan serbuk koko yg telah di ayak

Selepas tu baru masukkan tepung gandum juga ayak dlu then gaul sebati

Messy nye


Pastu masuk dlm bekas muffin camni



Pastu masuk dlm fridge (freezer) 5 mins dulu k..

After 5 mins, keluarkan dan isi dalam bekar nk bakar taruh air dulu dlm bekas tu baru letak






Then baru masuk dlm oven 160 deg selama 10-15 mins only..

Then keluarkan n tabur dgn icing sugar yg di ayak atas kek tu



Nak keluarkan pun boleh, terbalikkan


Haa mcm ni la.. tu potong tgh tgk akan keluar creme yg melt

nyummy..

Leh mkn dgn ais krim..

Sekian.. 

Tata :)